Tuesday, June 2, 2009

HALAL



blog ini adalah halal untuk pembaca yang ingin mengenali dan memahami Islam secara sederhana kerana "Sebaik-baik pekerjaan ialah bersederhana".

Monday, June 1, 2009


TAZKIRAH

“Daripada Ibnu Omar radhiallahu anhuma berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan ke dalam api neraka. Perempuan itu tidak suka memberi makanan & minuman ketika ia memenjarakan kucing itu, juga ia tidak suka melepaskannya untuk bebas memakan dari binatang-binatang kecil yang melata di bumi ".


Sunday, May 31, 2009

Hadis

Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu