Tuesday, June 2, 2009

ZALIMNYA ISRAEL


INI KESAN DARI KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON PADA ALLAH DAN BERUSAHA SEDAYA YANG MAMPU UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA.

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

Perkara Yang Menghairankan :
-1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )

luv ISLAM





























al-quran

Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;(Faathir: 29)

NUKILAN ILMU

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)

“Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa. Meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat.”(Ibnu Mubarak)

“Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(Fathir: 28)

“Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."(Luqmanul Haqim)

“Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT. Walaupun barang-barang dagangan kita sama.”(Imam Syafie)

“Sesungguhnya memandang wajah ulama dan orang-orang soleh adalah ibadah.”(Imam Al-Ghazali)

ADAB



Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.( Maksud hadis ).


Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.( Imam Al-Ghazali).


Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).


Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).


Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).


Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)


Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).


Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).


Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).


Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.( Aristotle )


Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).


Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

HALAL



blog ini adalah halal untuk pembaca yang ingin mengenali dan memahami Islam secara sederhana kerana "Sebaik-baik pekerjaan ialah bersederhana".

Monday, June 1, 2009


TAZKIRAH

“Daripada Ibnu Omar radhiallahu anhuma berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan ke dalam api neraka. Perempuan itu tidak suka memberi makanan & minuman ketika ia memenjarakan kucing itu, juga ia tidak suka melepaskannya untuk bebas memakan dari binatang-binatang kecil yang melata di bumi ".