Sunday, May 31, 2009

Hadis

Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu

WANITA

Abdullah bin Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

SELAMAT HARI BAPA

Hadis Abu Zar r.a: Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang mengaku keturunannya selain dari ayahnya, padahal dia mengetahuinya, pastilah dia kafir iaitu mengingkari nikmat dan kebaikan, tidak memenuhi hak Allah dan hak ayahnya. Sesiapa mengaku sesuatu yang bukan menjadi miliknya, maka dia tidak tergolong dari golongan kami dan hendaknya dia mempersiapkan tempatnya di Neraka. Sesiapa memanggil seseorang dengan kafir atau menyatakan musuh Allah, padahal sebenarnya tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya

Hadis Abdullah bin Umar r.a

Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata

MUNAFIK

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu :-

-apabila bercakap dia berbohong,
-apabila membuat persetujuan dia mengkhianati,
-apabila berjanji dia menyalahi dan
-apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas

Hadis Anas r.a

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:

1- Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,

2- mencintai seorang hanya kerana Allah,

3- tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu,

ISLAM

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda:

Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?
Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu

beriman kepada Allah,
para Malaikat,
semua Kitab yang diturunkan,
hari pertemuan dengan-Nya,
para Rasul dan
percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?
Baginda bersabda:

Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan,
mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan
berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?
Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Lelaki tersebut bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku.

Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya.
Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya.
Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat.
Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka

Hadis Sahih Muslim

Huraian oleh : al-Ustaz Khairuddin at-Takiri

Maksud Hadis :
Daripada Abi Ya`la, Syaddad bin Aus mudah-mudahan Allah meredhainya, daripada Rasulullah saw, sabda baginda: "Sesungguhnya Allah telah menulis (menetapkan dan mewajibkan) tindakan (ihsan) dalam semua perkara. Justeru, apabila kamu membunuh, berlakulah (ihsan) terhadap pembunuhan kamu. Apabila kamu menyembelih berlakulah (ihsan) terhadap sembelihan kamu. Hendaklah setiap orang kalangan kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah dia merehatkan binatang sembelihannya".

Riwayat
Hadis ini diriwayat oleh al-Imam:
Ahamd, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah, Darimi, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah, Tayalisi dan Tahawi.

Huraian Ringkas :
(Ihsan) bermaksud melakukan sesuatu dengan baik dan terbaik. Hadis ini menjelaskan kaedah dan dasar yang perlu dipegang oleh setiap muslim dalam setiap perlakuan dan tindakan. Kaedah itu ialah: Hendaklah berlaku (ihsan) dalam semua tindakan dan perlakuan harian.
Untuk menjelaskan kaedah ini baginda mendatangkan dua contoh iaitu ketika bertindak dalam melaksanakan hukuman bunuh dan ketika menyembelih binatang. Perlakuan ihsan dalam menjalankan hukuman bunuh ialah dengan menyegerakan kematian segera. Caranya ialah dengan memancung tengkuknya sebagaimana sabit dalam al-Quran dan beberapa hadis baginda. Pedang yang digunakan mestilah ditajamkan terlebih dahulu. Perlakuan ihsan dalam menyembelih juga ialah dengan menyegerakan kematian binatang. Caranya ialah dengan menggunakan mata pisau yang ditajamkan terlebih dahulu.

Thursday, May 28, 2009

SURAH AL-FATIHAH


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

MUTIARA KATA DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH

o ORANG CEMERLANG SELALU MEMBENTUK NIAT YANG MURNI UNTUK SETIAP KEGIATAN YANG DILAKUKAN


o ORANG CEMERLANG SENTIASA MELAKUKAN SETIAP KEGIATAN SEBAIK MUNGKIN . KOMITMEN TERHADAP TUGAS AMAT TINGGI DAN SENTIASA MEMBUAT PERSEDIAAN RAPI


o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI PENGHALANG ATAU PEMBANTUT KECEMERLANGAN . KEBANYAKAN ORANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT YANG MEREKA SEBENARNYA BERMASALAH


o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI HIKMAH ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU . MEREKA SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR


o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENJAGA IBADAH DENGAN SEMPURNA . ORANG YANG INGKAR PERINTAH TUHAN PASTI GAGAL DUNIA AKHIRAT


o ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA KEJAYAAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI YANG BESAR DAN BERMAKNA



o ORANG CEMERLANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU DAN BERTERUSAN MENCARI ILMU . BERAPA BUAH BUKU YANG ANDA BELI SETIAP BULAN ? KITA PELU BELAJAR DAN BELAJAR


o ORANG CEMERLANG SENTIASA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LALU . ORANG YANG BERJAYA BUKANNYA TIDAK PERNAH JATUH , TETAPI BANGKIT SEMULA SETIAP KALI JATUH . KEGAGALAN EBENAR IALAH APABILA KITA BERHENTI MENCUBA .


o ORANG CEMERLANG SENTIASA CERIA DAN BERSEMANGAT . GUNAKAN PELBAGAI KAEDAH DAN CARA BAGI MEMASTIKAN KITA CERIA AN BERSEMANGAT SETIAP HARI .


o ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN DAN TIDAK PERLU RISAU BERKENAAN APA YANG TIDAK MAMPU DILAKUKAN

syair hamzah fansuri

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI .
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU .
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

" Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT .
. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ".

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Wednesday, May 27, 2009

Untuk Renungan Bersama

Bismillahirrahmanirrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket

bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang

kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan

hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam

tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."

Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah

mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam

neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga

kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip

mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada

seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-

dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya

ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah

seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu

ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu

seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya

untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari

ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan

makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana

sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah,

ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu

sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh

ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari

memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang

dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas

menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air

tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga

melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah

sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil

airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke

tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika

sekiranya mimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar

kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut

sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan

berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Untuk di kongsi bersama teman2 dari Dr Fadzilah Kamsah

C1.
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8.
CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renung2kanlah dan selamat beramal…..