Sunday, May 31, 2009

Huraian oleh : al-Ustaz Khairuddin at-Takiri

Maksud Hadis :
Daripada Abi Ya`la, Syaddad bin Aus mudah-mudahan Allah meredhainya, daripada Rasulullah saw, sabda baginda: "Sesungguhnya Allah telah menulis (menetapkan dan mewajibkan) tindakan (ihsan) dalam semua perkara. Justeru, apabila kamu membunuh, berlakulah (ihsan) terhadap pembunuhan kamu. Apabila kamu menyembelih berlakulah (ihsan) terhadap sembelihan kamu. Hendaklah setiap orang kalangan kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah dia merehatkan binatang sembelihannya".

Riwayat
Hadis ini diriwayat oleh al-Imam:
Ahamd, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah, Darimi, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah, Tayalisi dan Tahawi.

Huraian Ringkas :
(Ihsan) bermaksud melakukan sesuatu dengan baik dan terbaik. Hadis ini menjelaskan kaedah dan dasar yang perlu dipegang oleh setiap muslim dalam setiap perlakuan dan tindakan. Kaedah itu ialah: Hendaklah berlaku (ihsan) dalam semua tindakan dan perlakuan harian.
Untuk menjelaskan kaedah ini baginda mendatangkan dua contoh iaitu ketika bertindak dalam melaksanakan hukuman bunuh dan ketika menyembelih binatang. Perlakuan ihsan dalam menjalankan hukuman bunuh ialah dengan menyegerakan kematian segera. Caranya ialah dengan memancung tengkuknya sebagaimana sabit dalam al-Quran dan beberapa hadis baginda. Pedang yang digunakan mestilah ditajamkan terlebih dahulu. Perlakuan ihsan dalam menyembelih juga ialah dengan menyegerakan kematian binatang. Caranya ialah dengan menggunakan mata pisau yang ditajamkan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment